Monday, 21 February 2011
SeBeLuM CaHaYa
Cinta merupakan satu kekuatan bagi seseorang dalam menempuh hidup yang penuh dengan pelbagai dugaan seandainya cinta itu tulus dan ikhlas...
Cinta itu tidak bermakna orang yang kita cintai harus selalu berada di sisi kita secara zahirnya. Kita tahu cinta itu ada dalam hati dan dengan itu, kita sentiasa merasakan bahawa dia sentiasa ada, meski tidak kelihatan. Oleh itu hati kita hendaklah kuat dan sabar meskipun rindu pada si dia.
Aku tak dapat bayangkan…
sengsara yang harus ku tanggung
Andai kau pilih perpisahan,(=T_T=)
Lagu ini andai benar2 di jiwai, terasa bagai tertanam sesuatu yang sungguh mengesankan...
Lyrics |
DiTuLiS OLeh PerMaTa HaTiku at 12:03 0 comments
Saturday, 19 February 2011
Mengenali Apa iTu Cinta
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumah tangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggung jawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan, cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumah tangga.
Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Kerana itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
~i luv u Princess Heart~
Semoga kita akan selalu bersama ...
Dan tidak ada yang akan memisahkan kita....
DiTuLiS OLeh PerMaTa HaTiku at 04:10 0 comments








